Sunday 24 July 2011

HEAVEN :)

Salam. harini da masuk 5hari class cancel. 4hari full tkde class. oke mmg sgt heaven bg bdk2 DSK 2B. -.-' tapi tggu jela azab nye plak nk m'ganti smua class yg cancel tu. huh! yg tu plg ak tak ske. sem ni nmpk mcm byk rileks. as usual mmg dari sem lps DSK 2B mcm ni. tp, kami cool je even sgt2 penat *ayat berlagak. haha. tak heran lah sbb nye lecturer JP mmg slalu tkde. so kne la pndai catch up sume sbjek. even 3paper je msuk final untuk sem ni. tp mmg sgt tough. especially (mcm kt bwh ni) -.-'

*shorthand = trengkas

p/s : best kalau kutuk org pakai tulisan ni ^_____^  da pndai da sket2 nk buat. huhu


Wednesday 6 July 2011

A4/4/6..

Salam. sem ni dpt blok A4/4/6. yess mmg best gile la dpt aras 4.
. lg2 time nk puasa ni. ok, ak xtaw mcm mne nti.
ntah larat ntah tak. tp confirm2 la lembik.
gile kann. kalau xpuasa xpe gak.
smpai bilik, bleh mnum air. makan2. haha ^^
just ready fizikal n mental. sbb ak bknla org yg jnis ske b'susah payah -.-
A4/4/6 wait for me. harap2 bilik 2 xb'puaka mcm sem lps.






Goodbye KL!

Assalamualaikum. esok kne balik sabak dh. say gudbye 2 kL! 
emm xtaw npe tbe2 rse mcm mls sgt nk balik.
mungkin sbb lme sgt cuti.
life kt sne mcm ape je. aaaaaaa!!
but its okay.nk mncari ilmu kt mne2 pn sme.
cuma yg beza tmpt je. bukan ? :)
at least syukur sbb dpt tmpt yg jauh2.
xde la nk merewang selalu. =.=
huu i'm gonna miss  mak abah, my bed, :( ouchh bantal busuk juga. ^^

p/s : kL! jmpe lg raya nnti.insyaAllah :)
 



Saturday 25 June 2011

Maafkan Aku..

 
Maaf...
mungkin kata2 ak smlm agk buat kau terasa.
mungkin juga kau terluka dgn kata2 ak.
maafkan ak.
ak tak boleh trima ape yg kau ckp smlm.
sebelum ni ak p'caya kt kau.
tp bkn untuk smlm. ak xnk bnde yg sme trjadi lg.
dulu kau dtg kt ak, kau buat ak syg gila kt kau.
tp skjp je. then kau pergi.
kau xpenah fikir pn psl perasaan ak.
 ak trima. sbb kau kte itu yg trbaik buat kau kan.
 ok ak akan pergi dari hdup kau..ak janji xnak ganggu kau lg.
ak xnk ingt lg psl kau.
tp smlm kau dtg..kau nk balik kt ak kan.
tp ak xpasti sma ada kau btul2 atau tak.
dulu kau boleh la buat ak cmtu.sbb mmg ak syg sgt kt kau.
tp once org dh buat ak, ak xkn lupa.
bkn nk mmbalas balik, cuma takut bnde yg sama trjadi.
insyaAllah kalau ada jdoh xke mana.
ak sgt yakin dgn itu.



Tuesday 21 June 2011

CINTA ALLAH TANDA HATI SIHAT.



Hati yang sejahtera adalah hati yang sihat. Hati yang tiada penyakit. Hati yang bersedia pulang menemui Allah sepenuh ketenangan dan kebahgiaan. Hati yang bakal disambut Allah sepenuh kasih sayang, sebesar anugerah dan semeriah keraian saat sang hamba kembali pulang mengadapNya.
Bagaimana dapat diketahui yang hati kita dalam kondisi sihat dan sejahtera?
Apakah tanda dan isyaratnya?
Tanda seseorang itu memiliki hati yang sihat ialah ia amat cintakan Allah SWT.
Cintanya kepada Allah terpantul pada basahan lidahnya.
Lidahnyanya basah dan bergetar dengan Zikrullah.
Andai hati umpama kolah, maka lidah umpama gayung (pencedok)nya.
Apa yang ada di dalam hati akan dicedok keluar oleh gayung atau pencedok.
Lihatlah! Lidah berfungsi mengeluarkan apa sahaja yang tersirat dan terbuku di dalam hati, samada yang baik atau buruk, yang manis maupun pahit, yang terpuji maupun tercela.
Jesteru, bilamana hati sarat rasa cinta kepada Allah SWT, maka perhatikanlah, lidahnya sentiasa tergerak, bergetar dan berkumat-kamit dengan untaian dan basahan Zikrullah.
Perhatikan pula, andai hati dipenuhi dengan keladak kekufuran, mazmumah, maksiat dan kefasikan, maka lidah akan sentiasa terhala untuk berkata sia-sia, mengumpat, berdusta, menfitnah, mencerca, memaki hamun dan berbicara kotor.


*Renung2kan :) ak pn bukanlah baik sgt.

Saturday 18 June 2011

Salah ke Kalau Perempuan Tak Tahu Masak?? Tapi Macam Mana Pulak Kalau Lelaki Tak Boleh Jadi Imam??



Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


*renung-renungkan dan selamat beramal :)

Happy Father's Day.

Haji Muhamad Bin Taib

Abah..banyak sgt dosa akak pd abah..
Abah..ampunkan akak abah..krn slama abah mnjaga akak, akak kdg2 prnh mninggi suara, trkasar bahasa,melawan ckp abah.
Tapi abah xpernah ambil hati,xpenah terasa.
Apa yg akak minta, semua abah bagi.
Apa yg akak turutkan,semua abah ikut.
Kerana dr kecil abah terlalu mnjakan akak.mengikut apa shaja kemahuan akak.
Abah..akak janji yg suatu hari nti akak xkn sia2kan abah.
Akak akan buat abah dgn mak bangga dgn akak.
InsyaAllah kejayaan akak nnti adalah suatu hadiah yg plg brmakna buat abah.
krn slama ni abah dah byk brkorban untuk akak.
Terima kasih abah.
Akak syg abah....
Moga hidupmu sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T :)


I LOVE YOU SO MUCH ABAH!!! <3
Haji Muhamad Bin Taib